Telefon Bimbit, Kad Sim Aliff Syukri Disita & Dihantar Ke Forensik Untuk Siasatan

Meskipun sudah memadam teaser muzik video rayanya berjudul, Love Raya yang didakwa mempersendakan agama dan kesucian bulan Ramadan, namun tindakan usahwan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memakan diri apabila telefon bimbit dan kad sim miliknya telahpun disita.

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, peralatan terbabit dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

“Saya difahamkan selepas dia dipanggil dan dirakam percakapan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau telah disita dan dihantar ke unit forensik untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang maklumat terperinc,” ulasnya.

Sebelum ini, MCMC telahpun meneliti klip video lagu raya tersebut selepas mendapat kecaman dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, selepas dikecam teruk, Aliff mengambil keputusan untuk memadam dan tidak melancarkan lagu raya tersebut sekaligus memaklumkan kepada semua peminatnya bahawa tindakannya itu adalah bersempa sambutan April Fool.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepada Anda Semua April Fool! Lagu Raya Saya Tahun Ni Tak Ada Pun” – Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN:Menteri Komunikasi Minta MCMC Ambil Tindakan Sesuai Terhadap Video Raya Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Malukan Mak, Hidup Mak Dah Akhir-Akhir” – Bonda Rozita Kecewa, Minta Aliff Syukri Jangan Buat Lagu Raya Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Macam Dia Tetap Hibur & Cari Masalah Untuk Tontonan Kita” – Sharnaaz Ahmad Bersuara Isu MV Raya Aliff Syukri

Salma Syahbuddin