“Tak Takut Murka Tuhan Ke?” – Tayang Gambar Seksi Dalam Tab Mandi, Sharifah Sakinah Kena Tegur

Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar ‘panas’ nya yang dilihat sedang berendam di dalam tab mandi persis gaya seorang aktres Hollywood.

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon tersebut pada Rabu sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga ada yang tampil menegur tindakan ‘berani’ pelakon yang popular menerusi drama rantaian Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

 

Malah,  ada yang menyifatkan gambar tersebut tidak bersesuaian untuk dimuat naik dan menjadi tatapan umum khususnya bagi mereka yang bergelar wanita Melayu dan beragama Islam.

“Tak Mampu Menegur, Jangan Menyokong”

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang menyokong dan memuji tindakan pelakon berkenaan kerana berani tampil dengan aksi ‘panas’ tersebut.

 

Salma Syahbuddin