Categories: HiburanTrending

“Takkan Artis Pakai Wira Lama? Dah Jatuh Miskin Ke?” – Jasmin Hamid Dedah Dipandang Serong Sebab Guna Kereta Lama

Pelakon Jasmin Hamid berkongsi momen di mana kereta kesayangannya iaitu jenis Proton Wira kini sudah boleh digunakan semula.

Namun begitu, menerusi hantarannya di Instagram, Jasmin menzahirkan rasa kesal apabila ada segelintir individu mempersoalkan tentang kereta yang dinaikinya dengan statusnya sebagai seorang pelakon.

“Alhamdulillah my FELARI dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab PKP… nama dia BOBOB uols.

“Bila BOBOB bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya… “TAKKAN ARTIS PAKAI WIRA LAMA? DAH JATUH MISKIN KE?,” tulisnya.

Walaupun sering menerima persepsi begitu, Jasmin menyatakan bahawa kereta yang diberi nama BOBOB itu mempunyai nilai sentimental padanya .

“Itulah dialogue yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar… kenapa ekkk??? HARAM ke pakai WIRA LAMA? KERETA BURUK? Saya ok je pakai WIRA LAMA… yang awak pulak rasa allergy dah kenapa?

“Biarlah… saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya BOBOB ada sentimental value pada saya… Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat… tepi sikit… BOBOB nak lalu ni,” katanya.

Artikel Berkaitan: Sudah Mula Bekerja, Keadaan Jasmin Hamid Bertambah Baik Selepas Pembedahan

Artikel Berkaitan: “Mohon Doa Mudahkan Semua Procedure Operation & Bebas Kanser Rahim” – Masuk Hospital, Jasmin Hamid Sedih Ada Pihak Kutuk ‘Gemuk’

Artikel Berkaitan: Jasmin Hamid Terkejut Tular Berita Dirinya Sedang Bertarung Nyawa – “Tolong Henti Sebarkan Khabar Tak Betul Ini”

Artikel Berkaitan: Didakwa Queen Control & Suami Abai Tanggungjawab Sebagai Anak Lepas Kahwin, Ini Respons Jasmin Hamid – “Hidup Kena Ada Sistem…”

Atiqah Johari