“Takkan Buang Bapa, Salah Faham Ni… Bapa Yang Buang Kami” – Rindukan ND Lala, Syada Amzah Dedah Sudah Ikhtiar Berubat Cara Islam

Meluahkan rasa hati selepas kisah bapanya yang didakwa berkahwin lain heboh diperkatakan, penyanyi Syada Amzah mengutuskan surat terbuka bersempena hari lahir Datuk ND Lala menerusi kemas kini terbaharu di Instagram.

Dikhabarkan tidak dapat dihubungi semenjak kontroversi krisis rumah tangga hangat menjadi bualan, Syada mendedahkan mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang akses untuk berhubung dengan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk ND Lala – “Tiada Lagi Foto Ayah Mulai Hari Ini”

Perkongsian Syada mendapat maklum balas rakan artis dan warganet yang membanjiri ruangan komen.

Rata-rata pengikut tampil memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada pelantun lagu Hasrat itu.

Namun begitu, Syada turut membalas beberapa komen yang mempertikaikan tindakannya membuat surat terbuka kepada bapa sendiri.

Terdahulu, ibu Syada, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betapa Sulitnya Jadi Sekuat Aku” – Kongsi Luahan Hati, Hantaran Isteri ND Lala Curi Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ND Lala Akhirnya Fail Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Disondol Rakan Baik? Shila Amzah Kekal Kunci Mulut, Mohon Beri Masa & Ruang

Sebelum itu, Fauziah menulis keterangan ‘penyondol’ di hantaran foto terbabit sebelum menyunting kapsyen tersebut.

Pada 3 April lalu, Fauziah dilaporkan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, untuk memfailkan perceraian.

Padin