Takziah… Pemain Bass Kumpulan Alleycats, Frank Ong Meninggal Dunia

Bekas pemain gitar bass kumpulan lagenda Alleycats yang popular dengan lagu Senandung Semalam dan Jika Kau Bercinta Lagi, Frank Ong  atau nama Islamnya Abdul Rashid Abdullah dikhabarkan telah meninggal dunia semalam, 26 Disember 2019. 

Berita hiba ini dikongsi oleh seorang pengguna facebook (FB) Titian Hasrat Lang Buana di akaun FB Perak Ajerr dan berita ini mendapat 130 perkongsian.

Walau bagaimanapun sebab kematian tidak pula dinyatakan. 

Kami dari team Xtra mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Abdul Rashid dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan dicucuri rahmat. 

 

Kredit Foto: FB Perak Ajerr

Del14