“Talented & Classy” – Izara Aishah Puji Puteri Balqis Pelakon Nombor Satu

Pelakon jelita, Izara Aishah memuji lakonan aktres remaja berkaliber, Puteri Balqis yang tidak dinafikan sangat berbakat sejak awal kemunculannya dalam industri.

Dalam ciapan di platform X, aktres filem popular Pilot Cafe ini menggelarkan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish sebagai aktres berbakat besar nombor satu.

“Puteri Balqis is underrated. Talented and classy in her own way. Nombor 1,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang bersetuju dengan pendapat peribadi Izara itu.

Menerusi platform X, tular sepotong video Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dalam drama Rampas Cintaku 2 meraih pujian ramai.

Rata-rata netizen berkata lontanan dan pertuturan suara Aqish dalam babak tersebut kedengaran sangat jelas.

Sebelum ini, Izara lantang bersuara mengenai isu segelintir pihak dakwa mengalami masalah mental meskipun dibawah pengaruh dadah.

Artikel Berkaitan: “Bukan Masalah Mental Kalau Tengah Khayal Dadah” – Status Izara Aishah Raih Perhatian

Aqilah Paharuzi