Muhammad Tumbuk Muka Rakan Gara-Gara Dimaki Hamun, Diana Danielle Sokong Perbuatan Anak – “Bukan Nak ‘Backup’, Biar Merasa Ada Adab”

Pelakon jelita, Diana Danielle mendedahkan anak sulungnya, Muhammad, 11, menumbuk muka rakan di sekolah.

Isteri kepada aktor sensasi Farid Kamil ini memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu ciapan di platform X, baru-baru ini.

Diana berkata Muhammad menumbuk wajah rakannya itu gara-gara dia melemparkan kata-kata kesat kepada anaknya.

Dalam pada itu, aktres filem popular Imaginur ini menganggap perbuatan anaknya itu satu tindakan yang betul untuk mengajar rakan Muhammad tentang adab.

“Anak lelaki saya tumbuk muka kawannya hari ini. Budak tu maki hamun anak saya sebab nak datang ke rumah tetapi anak saya tak nak dia datang.

“Memang elok merasa sikit biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka. Akhir sekali, panggil Mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia provokasi anak kita.

“Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang turut menyokong perbuatan Muhammad itu kerana berani.

Bagaimanapun, ciapan tersebut telah dipadam oleh Diana.

Artikel Berkaitan: Serentak Ambil A-Level & Diploma, Diana Danielle Sambung Belajar Di INTI Dalam Dua Bidang – “Kursus Biokimia dan Psikologi Serta Pengurusan Perniagaan”

Artikel Berkaitan: Isu Halal Makan Mee Kari ‘Muslim Friendly’ Jadi Perdebatan, Ini Respons Diana Danielle – “Sebelum Pergi, Saya Dah Telefon…”

Aqilah Paharuzi