Diminta Jadi Jantan Tak Lembik, Fizi Ali Tegur Individu ‘Kaki’ Buli Siber – “Dia Akan Buat Sampai Kita Rasa Terhina”

Penyampai radio sensasi, Fizi Ali terkilan apabila ada individu tampil memberikan komen-komen berbentuk provokasi menerusi akaun media sosial miliknya.

Katanya, tindakan buli siber yang diterimanya itu adalah bertujuan untuk menjatuhan dan membuatkan dirinya rasa terhina susulan isu kontroversi membabitkan kes penjagaan anaknya..

“Kau orang ni janganlah hentam Fizi, nanti dia nangis. Jenuh termengah bini dia nak pujuk nanti.

“Terangkat-angkat kening nak pujuk, terbeliak biji mata nak lap air mata Fizi.

“Jadi jantan Fizi, jangan lemau sangat please,” komen individu tersebut.

Tidak berdiam diri dengan tindakan itu, Fizi kelihatan berkongsi beberapa komen yang ditinggalkan individu terbabit menerusi tangkap layar di Instagram storynya.

“Ini dipanggil cyberbullying… Dia akan buat sampai kita rasa down dan kita rasa terhina.

Terdahulu, pasangan Fizi Ali dan Shakilla khoriri menjadi topik perbualan hangat netizen susulan isu rumah tangga dan hak penjagaan anak tunggal mereka, Ameena Sofia.

Bahkan, kedua-dua pasangan ini kelihatan sering berbalas kenyataan menerusi hantaran di media sosial masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN:”Aku Tak Pernah Jumpa Kau, Tapi Aku Nak Peluk Kau Brother!”- Faham Perasaan Fizi Ali, Sharnaaz Ahmad Mohon Jangan Pisahkan Ayah & Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Shakilla Khoriri Dakwa Tiada ‘Effort’, Sedangkan Fizi Ali Datang Ke Sekolah Tapi Cikgu Pula Halang Jumpa Anak Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Shakilla Khoriri Rasa Maruah Dipijak! Mohon Fizi Ali Berhenti ‘Claim’ Isu Larikan Anak – “Daddy Ameena, Rumah Saya Sentiasa Terbuka Untuk Awak Datang Berjumpa Anak”

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Niat Mahu Merampas, Cuma Ingin Berikan Kasih Sayang… Fizi Ali Hadir Mahkamah Perjuang Hak Penjagaan Anak

ARTIKEL BERKAITAN:“Bapak Dia Kau Elak Jumpa, Dengan Boyfriend Bawa Siap Pimpin Tangan… Bullsh*t! – Fizi Ali Hilang Sabar, Dakwa Shakilla Khoriri Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Tuduh ‘Merentan’ Sebab Rebut Anak, Siap Dakwa Fizi Ali Curang? Ini Respons Tuan Badan!

Salma Syahbuddin