Pelakon Ummi Nazeera yang baru saja bergelar ibu sejak 22 Ogos lalu mengaku dia mempunyai pelan tersendiri dalam mendidik anaknya nanti.

Walaupun lahir dalam keluarga yang serba serbi cukup, Ummi yang ditemui di tayangan perdana Gol & Gincu 2 memberitahu anak perempuannya, Ayra Aneesah akan diajar hidup berdikari.

“ Saya mahu dia jadi anak berdikari. Untuk dapatkan sesuatu, usaha sendiri,” katanya.

Diusik sama ada Ummi bersedia untuk memiliki cahaya mata lagi, pelakon berusia 28 tahun meminta tunggu dulu.

“ Tunggu kejap… semua dah okay baru tambah lagi,” katanya.

Korang yang dah lama tak tengok Ummi beraksi di layar perak, jangan lupa ke pawagam bermula 25 Oktober ini. 

Filem bertemakan suara generasi muda dan persahabatan ini turut dibintangi Datin Diana Danielle, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

SGMS Faida