Bella Astillah Dikecam Kerana Tayang Seluar Dalam?

Beberapa hari lalu, ramai yang memuji aksi pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah ketika bercuti di sebuah Pulau. Namun, aksi manis Aliff Aziz mendukung isterinya itu nyata menarik perhatian netizen. Kenapa agaknya?  

Menurut netizen, bukan gaya sweet mereka yang menjadi perhatian, tetapi seluar yang dipakai oleh Bella itu nyata mengundang tanda tanya dikalangan followers dan peminat beliau. Betul ke Bella tayang seluar dalam dengan sengaja?
Dan, jika dilihat menerusi ruangan komen, Bella sendiri ada membalas persoalan followers beliau mengenai isu tersebut.
Menurut Bella, beliau tidaklah terdesak sangat sehingga sengaja mahu menayang seluar dalam seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Tapi, nasihat kami buat Bella dan mana-mana artis, korang kenalah peka dan lebih sensitif terhadap isu sebegini sebelum memuat naik mana-mana gambar privasi dan sebagainya. Al-maklumlah, netizen kan cekap dalam melakukan tugas mereka.
Salma Syahbuddin