Tampil Berambut Kerinting, Penampilan Hael Husaini Di Konsert Terpaling Juara Buat Peminat Wanita Cair

Penampilan terkini penyanyi Hael Husaini membuat kebanyakan peminat wanitanya cair selepas dia tampil berambut kerinting ketika menghadiri konsert separuh akhir Terpaling Juara, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hael turut memuat naik fotonya yang mengenakan pakaian serba hitam sewaktu dia berada di acara itu.

Perkongsian itu juga turut dihujani pujian dari peminatnya di ruangan komen, terutamanya daripada golongan wanita.

“Sebab awak yang pose, lif SP2 yang burokkkk tu pun nampak lawooooo.

“Bruh curly hair soo cool.

“Kite lock rambut comel tu…

“Helok cemana nk habiaqqqq tah. Darah hidung kiterrr abang lap kannnn,” komen peminatnya.

Hael merupakan kapten kepada Rahmad Mega dan Shaz yang bakal bertanding di pentas akhir Terpaling Juara, Ahad ini.

Jangan lupa saksikan konsert final Terpaling Juara, Ahad ini, jam 9 malam, di TV3.

Fatin Nurain