Categories: HiburanSelebriti

Tampil Bersahaja Menggaya T-Shirt Baggy, Penampilan Scha Alyahya Buat Wanita Lain Murung! – “Tak Penat Ke Lawa?”

Pelakon dan model Scha Alyahya tampil meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas melihat penampilannya ketika menghadiri majlis, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Scha turut berkongsi beberapa keping fotonya bersama suaminya, Awal Ashaari ketika menghadiri majlis tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Scha kelihatan anggun biarpun hanya mengenakan T-shirt ‘baggy’ bersama seluar denim.

Kagum melihat keyakinan pelakon itu berpakaian simple, perkongsian tersebut dihujani pujian dari kalangan peminatnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa cemburu dan murung kerana kecantikan pelakon itu tetap kekal meskipun berpakaian biasa.

Fatin Nurain