[VIDEO] Dahlia Rizal Promosi Baju Renang Muslimah Tapi Ada Pula Yang Kritik – “Tak Muslimah Sangat Ni”

Perkongsian pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal mendapat perhatian ramai di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dia mempromosikan sebuah baju renang muslimah.

Dalam video berdurasi 1 minit itu, Dahlia yang juga isteri kepada penyampai radio, Imran Aqil itu menggayakan baju renang muslimah berona merah jambu serta bertopi.

Biarpun tampil dengan imej sopan, perkongsian Dahlia itu turut menerima kritikan daripada pengguna media sosial apabila rata-ratanya mengkritik penampilan Dahlia itu.

Kata netizen, adalah tidak sopan bagi seorang wanita menggayakan baju renang cerah kerana mampu memperlihatkan bentuk badan.

“Sebenarnya takde beza pun. Jual agama je untuk muslimah katanya.

“Buat la warna gelap & bercorak supaya tak nampak bentuk walapun hakikatnya tetap nampak seksi tapi ok la sikit,” kritik seorang netizen.

“Tak muslimah sangat ni,” komen netizen lain.

“Pakai kat kolam yang takde lelaki langsung ok la,” tulis seorang pengguna.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji dan mengagumi kecantikan Dahlia.

“Ko ni mandi pun cantik,” komen warganet.

“Comel lah dia,” puji netizen lain.

“Manusia cantik,” tulis warganet.

Untuk info, Dahlia dan Imran disatukan pada 9 September lalu di Melaka selepas setahun mengikat tali pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Tak Rasa Dikongkong Imran Aqil Soal Pakaian – “Turban Tak Bagi, Kalau Bagi Pun Kena Tutup Dada & Leher”

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Budiman Imran Aqil Buka Hati Dahlia Rizal – “He Just Understood The Assignment Tanpa Saya Perlu Beri Hint” 

Khairil Khusyairi