Tangguh Sambung Belajar, As’ad Motawh Mahu ‘All-Out’ Tahun Ini!

Penyanyi As’ad Motawh memaklumkan mahu fokus sepenuhnya membina semula kariernya pada tahun ini. 

Ini kerana penyanyi terkenal dengan single Senyum ini dilihat kurang aktif tahun lalu kerana memberi tumpuan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018.

” Alhamdulillah keputusan sudah dapat. Namun begitu, saya mahu tangguh untuk menyambung pengajian ke tahun depan bagi memberi tumpuan kepada kerjaya seni dahulu.

” Insya Allah jika tiada aral melintang, saya akan sambung belajar di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) tahun 2020,” katanya kepada XTRA.

As’ad yang meninggalkan sekolah lebih awal dan mengambil keputusan belajar di rumah selepas mendakwa dia sering dibuli di sekolah.

Penyanyi berusia 18 tahun ini juga akan membuat persembahan di Songkran Day Out pada 13-14 April depan yang bakal berlangsung di Setia Alam Oval Lawn, Setia Alam. 

Wartawan pelatih: Najmi/ Azroy

SGMS Faida