Categories: Oh Lawa

Empat sebab songket bersifat malar zaman dan harus digayakan di majlis perkahwinan anda!

Oleh Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Kehalusan seni tenunan songket menjadi keunikan dan kebanggaan masyarakat Melayu sejak dahulu kala.

Jika diteliti sejarah pemakaian songket, fabrik mewah itu hanya dipakai oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja bagi menunjukkan status dan kedudukan.

Namun begitu, perkembangan zaman menjadikan songket mampu dipakai oleh semua golongan dan lapisan masyarakat.

Jika majlis perkahwinan semakin hampir dan anda masih tidak tahu jenis busana yang akan digayakan pada hari bahagia itu, songket adalah pilihan terbaik!

Ada lima sebab pemakaian songket adalah malar zaman dan wajib digayakan!

1. Warisan turun-temurun

Songket lazimnya diperturun oleh nenek moyang yang begitu mementingkan kekemasan dan keanggunan pemakaiannya.

Pemakaian fabrik ini pada hari bahagia anda sudah tentu akan memberikan sentuhan yang mempersonakan dan memukau pandangan tetamu yang hadir.

Foto: The Wedding Scoop

2. Menaikkan seri pengantin

Lihat sahaja pelakon Scha Alyahya dan pasangannya, Awal Ashari yang menggayakan songket berwarna hijau zamrud pada majlis perkahwinan mereka.

Pemakaian gincu berwarna merah oleh Scha jelas menampakkan keayuan wajahnya sekali gus menaikkan seri pengantin yang dimiliki.

3.Tidak lekang dek zaman

Pemakaian gaun jenis Barat adalah tidak lagi menarik kerana sering digayakan tetapi songket tidak akan ditelan zaman.

Halini kerana, fleksibiliti songket sendiri yang boleh direka dan diubah mengikut cita rasa si pemakai menjadikannya cukup menarik untuk digayakan pada hari bahagia.

Foto: puteri lampu

4. Beri sentuhan tradisional dan moden

Meskipun songket sering dikaitkan dengan seni tradisional, tetapi dengan sentuhan moden dari segi rekaan, pasti anda akan kelihatan menawan!

Selain rekaan ringkas seperti baju kurung Pahang, anda boleh menjadi kreatif dengan menjadikannya sebagai gaun beropol.

Foto: Simplifai Studios

Bagaimana? Cuba jadi lain dari yang lain pada hari bahagia ini. Anda pasti akan dipuji hadirin!

tex_admin