Categories: EventsLIFESTYLE

Tak Perlu Terbang Jauh, Ayuh Raikan Festival Songkran Di Setia City Oval Lawn!

Wohooo, siap sedia untuk meraikan festival air Songkran bermula bulan depan! Menariknya kamu tidak perlu terbang ke Thailand tahun ini.

Aplikasi perkhidmatan mesej 2 dalam 1 dan e-wallet pertama di Malaysia, UChat berbesar hati menganjurkan festival Songkran Day Out yang bakal berlangsung di Setia City Oval Lawn, Setia Alam.

Festival air yang berlangsung pada 13-14 April ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah persembahan daripada artis luar negara dan tempatan.

Tiga artis antarabangsa yang dimaksudkan adalah penyanyi dari Korea Selatan, Chungha, kumpulan pop wanita dari Thailand, BNK48 dan penyanyi kacukan Jerman-Thailand, Jannine Weigel.

Manakala pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada lima penyanyi terkenal tanah air antaranya kumpulan Bunkface, Elizabeth Tan, Min Chen, bintang Youtube sensasi Priscilla Abby dan As’ad Motawh.

Lebih menarik, ‘Cabaran Insta Selebriti’ merupakan salah satu aktiviti yang baka menggabungkan pengunjung dan selebriti yang hadir pada hari itu nanti. Rugi tau kalau korang tak join!

Bukan setakat itu sahaja, pelbagai gerai makanan disediakan di sana nanti. Paling penting, hidangan yang disediakan di Songkran Day Out bakal membuatkan anda terlupa anda rupanya berada di Malaysia bukan di Thailand.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket sekarang. Tiket boleh dibeli di uchat.com.my dengan bermula RM 111 sahaja. Jom ramai-ramai!

SGMS Faida