Tangguh Tarikh Kahwin, Apa Alasan Katy Perry & Orlando Bloom?

Pasangan selebriti Hollywood, Katy Perry dan Orlando Bloom yang dijangka berkahwin pada bulan ini nampaknya terpaksa merombak tarikh ke tahun hadapan.

Memetik portal hiburan E!, pasangan ini dijangka berkahwin pada awal tahun hadapan.

“Mereka mahu berkahwin secepatnya tetapi tarikhnya perlu dibawa ke hadapan kerana jadual seni yang padat. Sepatutnya mereka berkahwin pada September lalu kemudian Disember dan dijadualkan pada awal tahun hadapan,” menurut sumber dipercayai.

Difahamkan, peracangan untuk majlis nanti turut akan ditambah baik oleh Katy yang mempunyai banyak idea sempena hari bersejarah itu nanti.

Pasangan ini juga bakal mengadakan dua majlis resepsi termasuklah di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan.

“Mereka masih meneliti senarai jemputan yang akan hadir. Ternyata mereka amat teruja untuk berkahwin,” kata sumber.

Katy kini sibuk dengan promosi muzik video Cozy Little Christmas.

Eh, tak sabar kami nak tengok pasangan ni berkahwin!

 

SGMS Faida