Categories: HiburanTrending

Tanggung Malu Demi Layan Kerenah Isteri, Zaki Azeman Sanggup Pandu Kereta Berpelekat Barbie

Pelakon Zaki Azeman sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya melayan kerenah isterinya, Raa Suzuran.

Menerusi perkongsian di TikTok, Raa telah memuat naik videonya meminta Zaki untuk melekatkan logo Barbie pada kereta merah jambunya sebelum ke lokasi penggambaran.

Akur dengan permintaan isterinya, Zaki turut berkongsi perasaannya kepada Raa apabila sedar keretanya menjadi tumpuan orang ramai di jalan raya.

“Pening ni yang, ni belum sampai set lagi. Awak tahu tak dah empat lima biji kereta dah duk record setiap kali potong tepi. Pastu saja buat lambat, depa record. Malu saya sebab cermin kereta ni nampak. Saya cabut dulu eh?

“Makin bertambah orang record ni, lain macam. Bahaya naik sorang-sorang macam ni. Kalau awak ada takpalah,” katanya.

@raasuzurann Replying to @raasuzuran ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Terhibur dengan gelagat pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Fatin Nurain