Categories: SelebritiTrending

“Jangan Pandai-Pandai” – Naik ‘Vellfire’ Berpelekat Khas Jadi Tumpuan, Ini Respons Intan Najuwa!

Baru-baru ini, pelakon jelita Intan Najuwa memuat naik beberapa keping foto di Instagramnya.

Menerusi hantarannya itu, Intan menyatakan dia akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan memaparkan sebuah kenderaan mewah ‘Vellfire’ berwarna hitam.

Pada hantaran lain, Intan dilihat berkongsi foto daripada dalam kereta namun pelekat bertulis ‘Khas’ di cermin keretanya mencuri tumpuan ramai.

Susulan itu, ramai warganet yang mengaitkan foto tersebut dengan kontroversi yang timbul yang mendakwa seorang pelakon wanita popular telah mengikat tali pertunangan dengan seorang individu berstatus Datuk dan bakal berkahwin Ogos ini.

Oleh itu, Intan tampil bersuara dan meminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan bakal mengambil tindakan jika melampaui batas.

“I have nothing to do with kereta kerajaan or anything. The vellfire is mine. So jangan memandai-mandai & buat speculation sendiri.

“To anyone who is trying to spread hate & false information about me & my family, you better stop it now. I’m going to take this as a very serious matter. Thank you,” tulisnya.

Atiqah Johari