Tarian ‘Jeng Jeng Jeng’ Jadi Bahan Gelak, Ini Respon Penari…

Selepas video teater Kembang Layarku tular di media sosial, wajah wanita ini terus ‘melekat’ dalam fikiran dalam fikiran penonton.

Apa tidaknya, gaya tarian gadis yang popular dengan gelaran ‘Jeng Jeng Jeng’ ini mula disebut-sebut.

Bagi pemilik nama Nurul Syuhada Mohamad A’zi yang juga merupakan anak murid kepada Fauziah Nawi, dia langsung tidak berkecil hati terhadap komen-komen netizen.

“ Teater Kembang Layarku sudah lama dipentaskan namun baru-baru ini sahaja menjadi sebutan. Agak pelik juga tetapi bila dah tular, ramai yang tampil dengan pendapat tersendiri.

“ Saya hanya ambil pendekatan positif dan komen buruk saya tidak baca. Saya tahu ada yang menganggap persembahan itu mengarut, mungkin tidak faham kerana mereka tidak menonton keseluruhan pementasan,” katanya.

Dalam video tersebut, tarian Syuhada bersama dua lagi rakan yang juga merupakan anak murid pelakon Fauziah Nawi menjadi bualan netizen apabila dikatakan agak pelik. 

“ Ia mungkin menjadi ‘salam perkenalan’ saya untuk melangkah masuk menjadi pelakon.

“ Saya minat untuk serius dalam bidang lakonan,” akhirinya yang cukup berterima- kasih kepada Fauziah Nawi yang mengasah bakatnya menerusi produksi terbitan Sanggar Teater.

SGMS Faida