6 Jenis Meroyan Yang Perlu Anda Tahu

Membebel, cakap sendiri, tiba-tiba menangis…adakah si ibu sedang melewati fasa meroyan? Tapi perlu tahu, ada banyak jenis meroyan tau!

Meroyan Api 

Ibu akan menjadi bengis, cepat marah sampai lupa diri , mood swing yang ketara hingga menjerit-jerit

Meroyan Ketung

Ibu lebih cenderung murung, hiba, sayu, mudah menangis dan selalu menganggap diri paling teruk dan bodoh. Selalu berlaku kepada ibu yang baru kehilangan anak dan boleh mengakibatkan bunuh diri

Meroyan Urat

Mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot. Selalu berlaku ketika musim hujan mahupun tersalah makan makanan sejuk

Meroyan Lendir

Ibu senantiasa pucat, lesu, keguguran rambut dan badan makin susut. ada yang mengalami masalah dingin seks. Diantaranya sebab darah kotor didalam tubuh belum dikeluarkan dengan sepenuhnya

Meroyan Tinggal

Ibu senantiasa membebel, bercakap seorang diri dan cuba mencari jalan untuk melarikan diri dari rumah. Tidak mahu menjaga bayinya dan boleh bertindak ganas dengan membunuh bayi mahupun diri sendiri

Meroyan Bulu

Si Ibu senantiasa rasa seram sejuk selepas bersalin. Penyebab dimana selalu bermain air dan bersejuk-sejuk sewaktu pantang. Jika tidak dirawati, bakal menghadapi keradangan sendi. 

 

SGMS Enal