“Tau-Tau Kahwin… Yang Masih Single Okay Tak Tu?” – Netizen Terkejut Fatin Afeefa Bernikah

Pelakon Fatin Afeefa selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya, Aliff Awang malam tadi.

Pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin itu telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 8.40 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat Zaman Ibu Tunggal, Fatin Afeefa Selamat Bernikah

Meninjau komen peminat di laman sosial XTRA, rata-rata peminat terkejut dengan berita perkahwinan pelakon filem Tentang Bulan ini.

Netizen turut teruja dengan berita gembira ini dan mendoakan agar perkahwinan tersebut kekal hingga ke syurga.

Untuk info, Fatin pernah memberi bayangan bahawa telah mengikat tali pertunangan apabila memuat naik foto tangan wanita disarungi cincin.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013.

Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.

Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Atiqah Johari