Dadah Punca Mac Miller Ditemui Mati?

Penyanyi rap terkenal berusia 26 tahun, Mac Miller, ditemui mati di rumahnya di Studio City, California.

Laporan agensi berita Amerika Syarikat memberitahu Miller meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah.

Miller, atau nama sebenarnya Malcolm James McCormick, meniti populariti selepas album pertamanya menduduki carta AS pada 2011.

Miller didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas percintaannya bersama penyanyi terkenal, Ariana Grande putus di tengah jalan.

Sebelum ini, portal TMZ melaporkan Miller pernah memberi bayangan dia tertekan dengan kehidupannya sebagai seorang pemuzik. Rest In Peace, Mac Miller! 

SGMS Faida