Tengah Sental Kuali, Tapi Selipar Kak Lina Pom Pom Yang Jadi Perhatian

Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang baru-baru ini diraikan di Kuala Krai, Kelantan dalam majlis menyambut menantu, mencuri perhatian netizen apabila memuat naik foto sedang menyental kuali selepas majlis perkahwinannya.

Namun, bukan perbuatan sedang menyental dan mencuci periuk dan kuali yang menjadi perhatian, tetapi selipar beropol yang dipakai Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom itu.

“Kau ada cuci kuali besar dekat Kampung Karangan..tapi selipar tu…selipar tu tak nak kalah dikkkkk,” tulis Elly sebagai kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Elly terhibur dengan gelagat pelakon Kampung People itu dan teman selebriti seperti Catriona Ross dan Nad Zainal tidak terkecuali meninggalkan komen. 

Bukan itu saja, Elly juga berkongsi foto sesi masak memasak bersama ibu mertua dan ipar duai di dalam satu lagi entri di akaun Instagram miliknya.  Haih, mana lah mertua tak sayang…

Kredit Foto: Instagram @iamellymazlein

Del14