Terbaik! Kempen Gerakan Siti Nurhaliza Bantu Ringankan Beban Pesakit Jantung

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meneruskan kempen SimplySiti Di Hati 2018 dengan membantu tiga kanak-kanak pesakit jantung. 

Menurut Siti, antara kanak-kanak yang menerima sumbangan menerusi program ini adalah bayi berusia 10 bulan.

“ Tidak salah jika kita berkongsi sedikit rezeki dengan golongan kurang berkemampuan. Sebagai ibu, saya gembira dapat membantu kanak-kanak ini. 

“ Anak adalah generasi masa depan, bukan saja untuk keluarga tetapi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Menerusi kempen SimplySiti Di Hati 2018, sumbangan diterima membolehkan Lam Zhe Yi yang berusia 10 bulan, Muhammad Firas Adib Mohamad Zaki berumur empat tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, T Mahaani menjalani pembedahan yang dianggarkan membabitkan kos RM105,000.

Dalam masa sama, Sit mendoakan proses pembedahan tiga kanak-kanak ini berjalan lancar dan kesemuanya diberi kesembuhan segera.

Kempen ini SimplySiti di Hati sudah bermula sejak 2011 dan berjaya membiayai kos pembedahan 11 kanak-kanak pesakit jantung daripada keluarga kurang berkemampuan.

Dalam pada itu, setiap pembelian produk SimplySiti melebihi RM100, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

SGMS Faida