Terdesak Mahu Bongkar Isu Penting, Sarah Yasmine ‘Kekasih’ Aliff Aziz Minta Tolong Caprice – “Kita Akan Minta Bahan Bukti Dulu”

Penyanyi rap terkenal, Caprice berkongsi paparan skin memaparkan wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine iaitu kekasih gelap Aliff Aziz terdesak meminta pertolongannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Sarah menghantar mesej kepada Caprice dia terpaksa meminta bantuan Caprice untuk menyebarkan satu perkara kepada umum.

“Hey Caprice, can you give me a call. Super urgent I really need your help.

“It is something that needs to be out of the media. Super personal and i have reached a point where I have no choice but to ask your help,” tulisnya.

Balas Caprice, dia perlu mendapat segala bukti-bukti berhubung perkara berkenaan sebelum mengulas isu sensitif itu.

Namun begitu, Caprice berkata dia kini sedang sibuk semenjak kehadiran cahaya mata hasil perkahwinan bersama isteri, Farra Innalis.

“Untuk apa-apa kes atau berita korang nak saya cover, sebelum Cap (Caprice) nak ulas kita akan minta bahan-bahan bukti dulu..

“Orang yang viral (Sarah) pun contact kita minta tolong. Cuma kita betul-betul sibuk sejak baby keluar,” tulisnnya.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui sudah bercinta dengan Aliff sejak Januari 2024.

Sarah mendakwa Aliff tinggal bersamanya selama sebulan ketika isu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies pada 9 Mac lalu hangat menjadi sebutan ramai di media sosial.

Sebagai bukti mereka bersama, Sarah berkongsi video mesra Aliff mencium pipinya sambil berpelukan.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Aliff sendiri berhubung gosip liar tersebut.

Manakala, isterinya, Bella Astillah juga tidak dimaklumkan mengenai pendedahan Sarah itu, dipercayai kini sedang sibuk menjalani penggambaran.

Artikel Berkaitan: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Panggil ‘Sayang’, ‘I Love You’… Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz Dengan Ruhainies Didedahkan! Dakwa Ada Rancangan Jahat Jatuhkan Bella Astillah?

Artikel Berkaitan: Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tak Tahu Gosip Kisah Cinta Baru Aliff Aziz… Sedang Sibuk Jalani Penggambaran

Artikel Berkaitan: “Serius Menjatuhkan Maruah Agama” – Seringkali Terpalit Isu Curang, Netizen Gesa Aliff Aziz Di ‘Banned’

Aqilah Paharuzi