Ayu Ting Ting Dipuji Manis Berbaju Kurung & Guna Bahasa Melayu – “Cantiknya… Macam Raya Kat Malaysia Lah”

Penyanyi terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting mencuri tumpuan di media sosial apabila berkesempatan bercuti ke Malaysia baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ayu atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina mengakui teruja dan gembira apabila berpeluang bercuti di sini bersama keluarga tercinta.

Apa yang membuatkan peminat teruja adalah penyanyi yang sinonim dengan lagu dangdut itu menggunakan bahasa Malaysia di setiap postingnya.

“Tengah enjoy bercuti dengan family,” tulis Ayu.

“View dari bilik kitorang,” kongsi Ayu.

“Cuti dah habis ni, nanti kita melawat dan melancong lagi dekat Kuala Lumpur, alhamdulillah seronok bercuti dekat Malaysia,” coretnya teruja.

Terbaharu, pelantun lagu Sik Asik itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengenakan busana baju kurung pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ternyata penampilan sopan dan manis Ayu berbaju kurung itu mendapat pujian ramai.

Untuk info, Ayu Ting Ting selamat bergelar tunang kepada lelaki berpangkat kolonel tentera, Muhammad Fardana.

Terdahulu, ibu tunggal itu berkongsi bahawa perkenalan dengan bakal suaminya itu telah diatur oleh kedua orang tua mereka.

Khairil Khusyairi