Hiburan By: SGMS Faida December 12, 2019 @ 11:48am

Terharu…Donnie Yen Terkejut Terima Sambutan Luar Biasa

Pelakon popular Hong Kong, Donnie Yen berkongsi pengalaman yang sukar dilupakan, baru-baru ini.

Donnie yang ketika ini berada di Malaysia memberitahu peluang bergelar selebriti terkenal membolehkan dia berjumpa dengan peminat dari seluruh dunia.

“Baru-baru ini saya mengunjungi Kenya, Afrika. Saya telah ke sebuah perkampungan di mana kawasan itu tiada saluran televisyen disediakan. Mereka hanya menonton DVD.

“Bila saya tiba di sana, saya lihat ramai kanak-kanak terkejut dan terkesima melihat kehadiran saya. Hal itu membuatkan saya cukup tersentuh. Bayangkan di sebuah kawasan pendalaman tanpa kemudahan hiburan yang luas, mereka kenal dan hargai kehadiran saya,” katanya kepada media.

Dalam masa sama, Donnie bersyukur diberi peluang diberikan watak yang membuatkan dirinya mampu diingati oleh peminat dari seluruh dunia.

“Bukan semua pelakon mendapat peluang yang sama. Atas pemberian ini, saya amat bersyukur sekali,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Donnie sempat meluahkan rasa teruja dapat kembali ke Malaysia dan bertemu peminatnya di negara ini.

“Saya gembira dan teruja kerana diberi peluang untuk bertemu peminat di Malaysia,” katanya.

Donnie kini berada di Malaysia mempromosikan filem Ip Man 4: The Finale yang akan ditayangkan pada 20 Disember.

Turut bersama Donnie dalam siri jelajah selama dua hari itu ialah, Danny Chan Kwok-Kwan yang membawakan watak sebagai Bruce Lee, penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong.

Dibawakan oleh Lotus Five bersama RAM Entertainment selaku rakan pemasaran, telah merancang tiga sesi meet & greet untuk peminat Ip Man berjumpa secara dekat dengan pelakon yang telah membawakan watak legenda Mahaguru Wing Chun selama 10 tahun itu.

Untuk rekod, Ip Man 3 telah mencatat kutipan pecah panggung kategori filem Cina iaitu sebanyak RM12 juta dalam tempoh empat hari ketika ditayangkan di Malaysia pada tahun 2016.

Malah, ia menjadi filem Hong Kong pertama di Malaysia yang berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM30 juta sekaligus meletakkannya sebagai filem Cina paling tinggi dalam sejarah kutipan di Malaysia.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022

Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai. @ciknurul06 Amalan mengelakkan permusuhan #ceramah #ceramahpendek #selfreminder #ustazabdullahkhairi #fyp #fypシ ♬ original sound – ciknurul06 Perkongsian

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Kurang Undian Online Punca Tersingkir, Ini Respons Ifa Raziah – “Saya Masih Teguh & Relevan..”

Yasss, ini yang kita mahukan. Tak putus semangat meski tersingkir. Min tengok persembahan Ifa pun banyak improvement dari minggu lalu ☺️☺️

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Rezeki Melimpah Ruah, Kugiran Masdo Ke Pentas Antarabangsa Pula!

Memiliki kelompok peminat ‘underground’ yang ramai, Kugiran Masdo bakal mengorak langkah setapak lagi apabila dapat membuat persembahan di luar negara.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

Hiburan Tue, 21 May 2019

‘Kacak, Cantik Bukan Tiket Jadi Chef Selebriti’- Chef Wan Kecewa Dengan Chef Selebriti Otak Kosong?

Yang ada niat nak jadi chef selebriti, dengar apa Datuk Chef Wan pesan…

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

NEELOFA DIKATA EKSPLOITASI HAIWAN TERANCAM?

Sebelum ini, aksi pelakon dan pengacara Noor Neelofa bersama dolphin ketika berada di Dubai itu telah mencuri perhatian ramai.Dikala bergembira dengan haiwan mamalia itu, Neelofa telah menerima teguran yang dikatakan dirinya mengeksploitasi haiwan terancam tersebut. 

Featured Thu, 14 Oct 2021

“Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Lemah!” – Video Intan Saleh Trigger Netizen

Sebuah video yang dimuat naik oleh bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Saleh menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. Video yang di muat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan aksi Intan melakukan ‘lip

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Featured Sun, 19 Dec 2021

Terharu! Warga Malaysia Sedia Bantu Individu Terkesan Banjir, Ada Yang Tawar Rumah Sendiri Sebagai Tempat Berteduh

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan di beberapa buah negeri dilanda banjir. Ramai yang terperangkap di rumah, bangunan kerja dan atas jalan raya kerana paras air yang telah menyukarkan perjalanan. Menjengah ke laman

| Live TV