Terhibur Tengok Gelagat Shuib Layan Kerenah Isteri Bergambar, Peminat Komen – “Bagus Watie Hadir Dalam Keluarga Dia…”

Pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas mempamerkan kemesraan mereka bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie telah memuat naik video kegigihan suaminya, Shuib melayan kerenahnya untuk bergambar.

Dalam perkongsian tersebut, Shuib kelihatan tenang dan sabar mengambil gambar isterinya sambil berlari-lari anak di tepi kolam mandi.

“Thank you Daddy layan karenah i💕 @shuibsepahtu,” tulisnya.

Terdahulu, keputusan pelawak itu untuk mengahwini Watie seakan menerima kecaman dan tentangan hebat dari sesetengah netizen selepas pemergian arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Kini, perkahwinan mereka seolah mula diterima ramai selepas melihat sikap Watie yang amat penyayang dalam membesarkan anak-anak pelawak itu selain perwatakannya yang ceria.

Bahkan, selepas melihat kemesraan dan keserasian pasangan itu, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa gembira melihat mereka semakin bahagia di ruangkan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Mandul Gara-Gara Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri, Watie Hanifiah Tempelak Netizen ‘Mulut Puaka’

ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh Untuk Ada Anak Dengan Shuib, Watie Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Mana Kalau Saya Ada Anak Sendiri?” – Sedar Keperluan Diri Dalam Keluarga Shuib, Watie Akui Takut Nak Ada Zuriat Gara-Gara… 

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kongsi Vlog Rutin Harian Bangun Seawal Jam 5 Pagi, Ramai ‘Salute’ & Puji Watie Hanifiah Sangat Cekap Jadi Suri Rumah

 

Fatin Nurain