“Tak Boleh Nak Kata Tidak…” – Didakwa Tak Hormat Isu Palestin, Elisya Sandha Pakai Seksi Gara-Gara…

Pelakon dan menantu kepada pengarah terkenal Sheila Rusly iaitu Elisya Sandha tampil mempertahankan dirinya selepas dihambat dengan tuduhan tidak menjaga sensitiviti berkenaan isu Palestin apabila memuat naik foto dan video seksinya baru-baru ini.

Memetik laporan mStar,  Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan, 24, berkata, tindakannya memuat naik video berkenaan pada hari tersebut adalah disebabkan komitmen kerja semata-mata dan bukannya seperti  yang didakwa segelintir netizen.

“Sepertimana orang di luar sana tidak tahu, itu adalah dateline waktu kerja saya.

“Apa yang dirakamkan itu adalah untuk sebuah majalah fesyen yang perlu dikongsikan mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

“Dan itulah masa dan waktu saya kena muat naik hantaran tersebut seperti yang diberi oleh pihak mereka.

“Saya tidak boleh berkata tidak kerana itu memang kerja saya,” katanya.

 

Selain itu, Elisya turut berkongsi respons keluarga mentuanya mengenai isu ‘panas’ tersebut.

“Alhamdulillah mereka tidak menghakimi dan open minded mengenai perkara itu.

“Mungkin ibu mentuasaya faham sebab kerja dan mereka pun dalam industri sama. Malah, dia juga tahu kerja saya sebelum berkahwin,” jelasnya.

Mengulas lanjut, adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha ini memaklumkan, suaminya Uzair Haqimy antara individu yang akan menegur penampilannya sekiranya pakaian tersebut dianggap mencolok mata.

Selain itu, dia juga meletakkan had dalam berpakaian termasuklah tidak mengenakan skirt terlalu pendek dan tidak menunjukkan lurah.

ARTIKEL BERKAITAN:Dikritik Semakin Seksi & Tak Jaga Sensitiviti Isu Palestin, Elisya Sandha Tampil Bersuara – “Perlu Ke Saya Menunjuk?”

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin