Categories: SelebritiTrending

Nafi Ada 50 Ekor Kucing! Syada Amzah Buka ‘Cat Adoption’… Kini Sibuk Pindah Rumah

Susulan konflik yang berlaku dalam keluarga sebelum ini, Syada Amzah memaklumkan dia kini sedang sibuk dengan proses pindah rumah.

Malah, dia juga membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk membela kucingnya bermula hujung November ini.

“Cat adoption open by the end of November. Now masih busy pindah since few weeks ago. Siapa serious nak jaga boleh dm kita,” tulisnya di Instagram Stories (IGS).

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran itu, Syada juga memaklumkan dia tidak mempunyai 50 ekor kucing seperti dakwaan baru-baru ini.

“Disclaimer: i dont have 50 cats,” katanya ringkas.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Syada dan abangnya, Shafiq berbalah dengan kakak mereka iaitu penyanyi Shila Amzah mengenai isu rumah.

Artikel Berkaitan: Amir Syahir Masih Tinggal Dengan Ibu & Adik-Beradik, Hanya Bercakap Dengan Syada Amzah Selepas Kemelut Isu Jual Rumah – “Hujung Minggu Saya Tinggal Dengan Kakak Sebab…”

Artikel Berkaitan: Dedah Dihalau & Rumah Akan Dijual, Shila Amzah ‘Tegur’ Perkongsian Syada Amzah? – “Keep Things In The Fam, Not For Fame”

Artikel Berkaitan: Didakwa Berbalah Dengan Shila Amzah, Syada Amzah Tampil ‘Buka Mulut’ – “Saya Sentiasa Perang Dingin Dengan Mereka”

Atiqah Johari