Prihatin Tengok Jalan Rosak Akibat Vandalisme, Reaksi Spontan Jebat Jayden Buat Ramai Geli Hati – “Isra*l Ke Buat?”

Anak kepada selebriti Noor Nabila, Jebat Jayden tampil mencuri perhatian orang ramai selepas melihat reaksinya yang terkejut tengok jalan yang rosak.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rosix telah memuat naik video Jebat bertanya kepada Nabila siapa yang buat jalan itu rosak.

Lebih mencuit hati, si cilik itu terus berseloroh dan mendakwa kerosakan atau vandalisme itu berlaku akibat Israel.

“Apa tu mommy? Israel ke buat? Nak rosakkan jalan je Israel ni,” katanya.

Geli hati dengan reaksi spontan itu, Nabila turut kedengaran terhibur dan menyuruh anak lelakinya bersabar.

“Sabar baby sabar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut geli hati dengan gelagat si kecil itu.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa kagum dengan sikap Jebat yang prihatin dengan isu semasa.

@rosixomar25 Nak rosakkan jalan jer IsraHell ni 😅🤪 #rosixomar #jebatjayden ♬ original sound – Rosixomar

Fatin Nurain