Categories: Gaya HidupHiburan

Aamir Khan Berehat Seketika Daripada Dunia Lakonan, Pindah Ke Chennai Demi Menjaga Ibu

Aktor popular Bollywood, Aamir Khan mengambil keputusan untuk berpindah dari Mumbai ke Chennai setelah memikirkan keadaan kesihatan ibunya, Zeenat Hussain.

Berikutan faktor usia serta masalah kesihatan, Zeenat kini terpaksa ditempatkan di sebuah pusat perubatan swasta di bandar tersebut.

Pelakon Dhoom 3 itu nekad untuk berehat seketika daripada kerjaya bagi memberi tumpuan untuk menjaga ibunya sepenuh masa.

Memetik laporan Kosmo, Aamir juga dikatakan memilih untuk menginap di sebuah hotel berhampiran hospital sepanjang ibunya berada dalam wad.

Sebelum ini Aamir membuat pengakuan mahu berada dekat dengan keluarga tercinta selepas hampir lima dekad dalam industri perfileman.

Syamir Shafie