[VIDEO] Tiru Suara & Guna Video Untuk Jual Pakaian Dalam, Neelofa Label Scammer Sebagai Yahudi

Selebriti terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berang selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto, video dan suaranya untuk tujuan menipu orang ramai.

Menerusi hantaran terkini di Instagram Story (IGS), Neelofa ada berkongsi tangkap layar hantaran berkenaan yang menggunakan foto dan videonya untuk tujuan menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita.

Menurut Neelofa, dia kesal dengan perkara tersebut sekaligus menyifatkan tindakan scammer berkenaan sama seperti golongan terlaknat, Yahudi.

“Ni satu lagi sama jenis dengan Yahudi laknatullah! Perangai zionis Israel.

“Setiap keuntungan yang anda perolehi daripada guna gambar dan video, akan haram sampai bila-bila!

“Tolonglah report FAKE SCAM FB AKAUN. Cari rezeki haram guna video orang tanpa kebenaran,” katanya.

 

Manakala, dalam hantaran yang berlainan pula, Neelofa turut berkongsi sepotong video pendek yang memaparkan dirinya, namun apa yang mengejutkan adalah, suara yang digunakan dalam video tersebut adalah milik individu lain.

“Perempuan mana yang tiru suara saya tu. Kalau Melayu Islam lagi…. memang spesis Yahudi Israel laknatullah.

“Saya tak halal, makan lah duit haram and berbahagialah tipu orang sana sini,” jelasnya.

Namun begitu, Neelofa telah memadamkan hantaran terbabit selepas beberapa minit ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin