Buat ‘Content’ Campak Duit Dapat Perhatian, Ariff Bahran Tak Peduli Kecaman Netizen Sebab Nak Popular? – “Benda Tu Menguntungkan Aku…”

Susulan kandungan campak duit di media sosial, penyanyi Ariff Bahran memberitahu ia hanyalah sekadar sosial eksperimen semata-mata.

Memetik laporan mStar, dia terkejut apabila melihat kandungan seperti itu lebih mendapat perhatian netizen berbanding karya seninya.

“Saya mengaku memang saya senyap pun. Saya release lagu sebelum ni memang tak hits dan tak dapat attention. Yang dapat attention adalah apabila saya campak duit dekat muka-muka orang ni.

“Bila tunjuk duit saya macam kenapa dapat attention ni? Kenapa saya letak dua tiga lagu sebelum ni tak bagi attention that I wanted.

“Maybe because of the song. Ataupun lagu tu tidak di push, saya tak tahu. We live in the world where bila kita buat benda bodoh akan dapat attention. So, I know how to play this game.

“Saya saja-saja buat sekadar experiment. Nak tengok what are they trying to say. Bila saya try, memang jadi. Bila saya buat content berfaedah, tak ada pula. Saya bukan nak pujian, tapi hanya untuk buat experiment,” katanya.

Sementara itu, Ariff tidak peduli dengan andaian netizen yang mengatakan dirinya masuk ke program Famili Duo disebabkan tiada pendapatan.

“Menyanyi is my passion. Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya. Saya masuk Famili Duo it is because of my passion dan Haqiem Rusli ajak saya.

“I love my singing rather than doing my business dan I will never stop singing,” jelasnya.

Disoal bagaimana menghadapi kecaman netizen, dia mengambil perkara itu sebagai batu loncatan untuk lebih terkenal.

“Saya okay je. Siapa yang kenal saya, tahu. Yang tak kenal saya tu yang banyak mulut, bising sana sini.

“I really don’t care. Korang (netizen) bagi publisiti and benda tu akan menguntungkan aku juga because lagi popular lah, bro.

“Lagi kau kecam seseorang, lagi kau bagi dia banyak attention,” ujarnya.

Famili Duo, program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

Maya Basir