Artis Wanita Putih Gebu Tayang Gaya Hidup Mewah Kini Dalam Pemantauan Pihak Berkuasa, Terkait Siasatan AMLA?

Tiada angin tiada ribut, timbul satu dakwaan mengatakan seorang artis wanita yang bergaya hidup mewah namun sumber pendapatan dicurigai ramai.

Menurut laporan Utusan, artis wanita kulit gebu ini sering menunjuk kemewahan di media sosial biarpun kerjaya lakonan tidaklah sehebat mana. Orang cakap, bukanlah artis gred A pun.

Difahamkan, artis wanita tersebut sering juga mendapat tawaran untuk membuat rebiu produk namun dari segi gaya hidup, memang mewah.

Dari situ, timbul rasa curiga. Maklumlah, kekayaan yang diraihnya bukan biasa-biasa. Pastinya ramai yang mempersoal dan bercakap-cakap mengenai sumber pendapataannya.

Lebih mengejutkan,ada sumber yang mendedahkan artis wanita muda ini sebenarnya di dalam pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

Kalau tak silap, berkaitan dengan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Namun, tidak pastilah artis tersebut sudah dipanggil atau belum untuk disoal siasat oleh pihak penguatkuasa.

Orang kata cuci duit. Cuci duit sinonim dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Ia melibatkan penukaran wang tunai atau harta yang didapati daripada aktiviti jenayah bagi mengaburi pihak berkuasa daripada mengesan sumber asal kegiatan terbabit.

Untuk info, dalam kes AMLA, terdapat pelbagai jenis golongan yang disiasat termasuk orang politik dan artis.

Sumber: Utusan

Khairil Khusyairi