Terima Kasih, Lee Chong Wei!

Selepas 19 tahun bergiat aktif dalam sukan badminton negara, jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya, sebentar tadi.

Keputusan untuk bersara itu diambil atas nasihat doktor memandangkankan masalah kesihatan yang dialami.

Chong Wei dalam satu sidang akhbar di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya sebentar tadi berkata, keputusan itu merupakan satu yang sukar setelah menimbangkan selama sebulan.

“Terima kasih kepada semua jurulatih saya selama ini terutama Datuk Misbun Sidek dan semua yang telah membantunya selama ini,” jelasnya dalam nada sebak.

SGMS Enal