Terima Mesej Berbaur Benci Daripada Peminat Akibat Tersalah Tafsir Pendapatnya, Shila Amzah Tampil Bersuara – “10 Tahun Berlalu, Masing-Masing Mesti Nak Yang Terbaik”

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Shila Amzah menjadi perbualan netizen setelah kisah percintaannya dan pelakon hero Malaya, Sharnaaz Ahmad kembali menjadi usikan.

Dalam pada itu, Shila ketika ditemu bual bersama media mStar berkata dia tidak mahu menjalinkan hubungan cinta apabila sudah tahu pengakhirannya tidak menyenangkan.

Susulan itu, ramai yang dipercayalah salah anggap mengenai konteks dan isi sebenar maksudnya mengakibatkan Shila menerima kritikan dan tohmahan.

Tampil menjelaskan perkara berkenaan, Shila memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagram miliknya dengan harapan untuk meredakan kontroversi itu.

“Perkara yang saya cakap kan itu adalah yang terbaik dan adil untuk kami. Perkara pun dah berlalu pada 10 tahun lalu.

“Soalan yang ditanya pada awalnya ialah bagaimana saya merasakan mengenai perkara itu (kembali menjalin cinta dengan Sharnaaz), maksud saya ialah selepas kita dah melalui segalanya semestinya saya dan Sharnaaz nak mencari seseorang yang lebih baik dalam hidup.

“Kami pun dah moved on. Saya rasa kalau peminat nak mendoakan pun doakan masing-masing punya kebahagiaan. Tak bermakna perkara yang dah berlaku pada masa lalu, kena berlaku untuk masa sekarang juga kan..

“Jadi saya harap video ini dapat menjelaskan segala benda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shila turut akui ada menerima kecaman dan menerima mesej peribadi berbaur kebencian setelah pendapatnya itu dipercayai tersalah tafsir oleh segelintir pihak.

“Tolong berhenti hantar saya mesej kata-kata benci. Kalau awak nak dia, silakan. Saya okay dan saya tak kisah. Nak mencuba, saya tak halang pun. Jadi tolong.. Cuma minta doakan kebahagiaan kami masing-masing.

“Saya mohon jangan soal saya mengenai perkara ini lagi. Terima kasih,” tegasnya.

 

.

 

.

Aqilah Paharuzi