“Saya Cuba Apa Sahaja …” – Kim Kardashian Sanggup Makan Tahi Gara-Gara Nak Awet Muda?

Selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian mengejutkan peminatnya apabila secara terbuka memberitahu bahawa beliau sanggup memakan najis setiap hari sekiranya dia boleh kelihatan muda.

Menerusi sesi temu bual yang dijalankan bersama akhbar The New York Times, Kim mengatakan dia sanggup melakukan apa sahaja termasuklah berbuat perkara sedemikian.

“Saya sanggup cuba apa saja jika kamu meminta saya makan tahi setiap hari dan saya akan kelihatan muda kerana memakannya, saya mungkin akan mencuba perkara itu,” katanya.

 

Kim, 44, berkata demikian ketika tampil mempromosikan produk keluaran terbaharu dibawah jenamanya iaitu, SKNN yang bakal dilancarkan pada bulan Julai nanti.

Bagaimanapun, akhbar tersebut menjelaskan bahawa najis bukanlah salah satu ramuan dalam produk terbaharu keluarannya nanti.

 

 

Sumber/kredit foto: The New York Times, Page Six

Salma Syahbuddin