Terima Tawaran Jadi Pengacara DAA Ke-6, Uyaina Arshad Bawa Anak Menetap Di Indonesia Selama 3 Bulan – “Dia Yang Suruh Saya Pergi…”

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan bakal menetap selama tiga bulan di Indonesia bersama anaknya, Raja Urhan yang baru berusia 10 bulan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Uyaina pada mulanya tidak pasti untuk menerima tawaran mengacara untuk program D’Academy Asia (DAA) musim keenam.

Namun dengan sokongan suami, Raja Syahiran dan keluarga mentua, pengacara Wanita Hari Ini bersetuju untuk melakukannya.

“Going back to Indonesia makes me nervous.

“Mula-mula tu ada rasa ragu-ragu patut pergi ke tidak bila dapat offer tu. Sebab banyak benda kena fikir bila dah jadi isteri & ibu.

“But Syahiran is soo supportive & loving. He’s the one yang suruh I pergi ke Indo & host DAA6. My in laws pun sama,” kongsinya.

Malah, pihak pengurusan Indosiar turut menyediakan rumah buat Uyaina dan anak sulungnya.

“And Indosiar juga sangat-sangat baik. Bila Yana cakap nak bawa baby, dorang okay & sediakan rumah yang sangat-sangat selesa & convenient untuk Urhan. Alhamdulillah.

“3 bulan di Indo. Rumah baru. Suasana baru. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

“So far, Urhan yang paling excited. Nanti Yana share lagi k!,” ujarnya.

Maya Basir