Terjawab Sudah Siapa Pelakon Popular ‘A.A’ Yang Kantoi Curang

Terbongkar sudah siapakah gerangan pelakon ‘AA’ yang dikatakan kantoi bermain kayu tiga walaupun sudah berkahwin.  Kasihan pelakon, Aaron Aziz apabila namanya tidak semena-mena menjadi bahan spekulasi sebagai pelakon yang dimaksudkan.

Hakikatnya pelakon  tersebut adalah Amar Asyraf, yang ‘kantoi’ selepas video dan gambar mesranya di dedahkan oleh seorang wanita bernama Ellika Azman di instagramnya. Menurut Ellika, dia hampir mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Walaupun tidak menamakan lelaki itu di dalam kapsyennya, warganet sendiri boleh mengetahui siapakah yang dimaksudkan kerana Ellika telah memuat naik foto dan video sewaktu mereka masih bersama.

Menurut Ellika hubungan mereka bermula pada September tahun lalu dan walaupun tahu yang hubungan mereka salah dan tidak sepatutnya berlaku, dia terkhilaf kerana ‘cair’ dengan godaan lelaki itu yang menggodanya dengan ayat-ayat manis.

“Bila hari-hari dia mengirim teks dan menghubungi saya dan meluahkan perasaan, lama-kelamaan saya ‘cair’.  Ya, silap saya tetapi tidak ada istilah saya yang goda dia dalam hal ini. Cuma silap saya lama-lama tu terjatuh hati juga dengan dia.

“Sampai lah Mac, dia datang jumpa kedua-dua orang tua saya minta restu.  Kemudian hubungan kami berterusan dan menjadi lebeih serius sampailah kami merancang untuk bernikah pada minggu depan.

“Sejak makin nak dekat tarikh pernikahan, macam-macam benda jadi lalu saya membuat keputusan untuk melakukan solat istikharah dan Allah ada rancangan yang lebih baik buat saya.

Ellika mendakwa terkejut apabila mendapat tahu yang pelakon tersebut mempunyai seorang lagi isteri dan anak daripada perkahwinan kedua tetapi malangnya pelakon tersebut dikatakan mengabaikan tanggungjawab  dia sebagai seorang suami serta bapa  dan tidak pernah mengjenguk bayinya sejak dilahirkan sampai sekarang. 

Ellika juga berkata bahawa dia sebenarnya sudah membuat keputusan untuk membatalkan pernikahan mereka tetapi hari yang sepatutnya dia bertemu dengan bakal mertua, dia dihubungi dan dituduh oleh ibu pelakon tersebut sebelum diminta untuk membayar sejumlah wang. 

“Saya akan kongsi satu persatu sebab tidak mahu mana-mana pihak menganggap saya hanya mereka-reka cerita.  Hanya saya, dia dan Allah yang tahu apa yang berlaku.  Saya berani untuk berkongsi walaupun benda ini mengaibkan saya juga…tetapi saya berharap tidak ada lagi yang menjadi mangsanya selepas ini. Nantikan perkongsian saya seterusnya…” kata Ellika. 

Del14