Pengunjung Kelab Malam Kecewa Dengan Sikap Dua Selebriti Ini?

Baru saja reda dengan isu gambar mesranya bersama penyanyi Ismail Izzani, nama pelakon Zarina Anjoulie kembali hangat diperkatakan.

Menerusi perkongsian seorang gadis bernama Ekaa Zahidin di laman Insta Story, dia meluahkan kekecewaanya terhadap pelakon berusia 32 tahun itu.

” Okay cerita dia macamni. Sebenarnya dorang yang start dulu. Dorang yang langgar I dengan my friend. Lepastu dorang dah mabuk teruk tah macam apa.

” Tolak our drinks sampai terjatuh air tumpah. Pastu si Fathia dengan angkat baju sampai nampak ……. Kau ghase? Lepastu my friend macam tolak sikit je dorang,” tulisnya. 

Tambah gadis ini, dia terkejut apabila pelakon itu beberapa kali datang ke mejanya dan mengajak untuk bergaduh. 

” I used to respect them since dorang dah pakai tudung. I heard a lot of gossips about them. Ni bila dah tengok depan mata & cari pasal dengan kitaorang, I lose respect, sumpah hilang respect. They’re so cheap,” ujarnya.

Mungkin Zarina dan Fathia mempunyai penjelasan tersendiri dalam hal ini kan? 

SGMS Faida