‘ Izinkan Mak Dapat Bertemu Abah Di Pintu Syurga Mu…’, Ibu Ellie Suriaty Meninggal Dunia

Takziah buat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar atas pemergian ibu tercinta Noriah Mat Akhir, pagi tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan dan berita ini disahkan oleh suaminya pelakon Azry Iskandar menerusi sebuah mesej ringkas kepada media.

Menurut Azry, ibu mertuanya meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang dan strok.

Difahamkan, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu. Sejak itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bandar Bukit Puchong hari ini.

Dalam pada itu, Ellie menerusi video di Instagram turut berkongsi detik akhir bersama Allahyarham ibunya itu.

“Hari ini nyawaku penguat semangat perjuangku pergi buat selama-lamanya.

“Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak emak. Ya Allah izinkan mak dapat bertemu abah di pintu syurga Mu,” tulisnya.

Luahan Ellie terhadap ibunya itu mendapat perhatian apabila rata-rata berasa sebak dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu.

SGMS Faida