Hiburan By: SGMS Faida September 11, 2018 @ 4:38pm

‘ Izinkan Mak Dapat Bertemu Abah Di Pintu Syurga Mu…’, Ibu Ellie Suriaty Meninggal Dunia

Takziah buat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar atas pemergian ibu tercinta Noriah Mat Akhir, pagi tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan dan berita ini disahkan oleh suaminya pelakon Azry Iskandar menerusi sebuah mesej ringkas kepada media.

Menurut Azry, ibu mertuanya meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang dan strok.

Difahamkan, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu. Sejak itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bandar Bukit Puchong hari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

Hari ini nyawaku…. Penguat Semangat Perjuanganku.. pergi meninggalkan aku buat Selama – lamanya…. Anje sama macam Mak…Kuat!.. Tapi Mak lagi kuat!!.. Ya ALLAH.. Mak adalah MilikMU.. Mak pulang KepadaMU Ya ALLAH!… Ampuni segalanya buat hamba MU Ibuku ini ku mohon ????? Kau Telah Memberikan Yang Luarbiasa buat Ibuku sepanjang hayatnya Ya ALLAH!!!..Aku BerSyukur dapat di lahirkan sebagai anak Mak.. Ibuku Noriah Binti Mat Akhir .. Semoga Mak di tempatkan di Kalangan para Solehah…Hamba2 YANG AMAT KAU KASEHI YA ALLAH!… Semoga Ya ALLAH… IIZINKAN Mak dapat bertemu Abah di Pintu SyurgaMU..Sedemikian IZINKAN mereka Bersama2 Menghuni Jannah Syurga MILIKMU YA ALLAH ???? Al – Fatihah buat Mak.. Selamat pulang Ke Pangkuan ALLAH SWT ??????????? Terima Kaseh ALLAH Mak Kembali ke Rahmatullah selepas subuh.. sempena Maal Hijrah 1Muharam 1440 Hijrah.. Alhamdulillah…

A post shared by elliesuriaty_azryiskandar (@elliesuriaty_azryiskandar) on

Dalam pada itu, Ellie menerusi video di Instagram turut berkongsi detik akhir bersama Allahyarham ibunya itu.

“Hari ini nyawaku penguat semangat perjuangku pergi buat selama-lamanya.

“Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak emak. Ya Allah izinkan mak dapat bertemu abah di pintu syurga Mu,” tulisnya.

Luahan Ellie terhadap ibunya itu mendapat perhatian apabila rata-rata berasa sebak dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

EXO Reported To Return in November! + SM’s Response

EXO-Ls might be receiving an early Christmas treat!

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Hetty Sarlene Dikatakan Tiru Rekaan Baju Che Ta

Rekaan baju dikatakan sama dengan Che Ta diinsipirasikan daripada burung merak, siapa sebenarnya yang mereka rekaan ini dahulu..

Featured Sun, 28 Apr 2024

Demi Nafkah Anak-Anak, Hafidz Roshdi Kesal Individu Hina Pekerjaan 

Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄

Hiburan Wed, 7 Feb 2018

SOUTH KOREANS DOMINATE ‘TOP 55 ASIAN MALE WITH MOST BEAUTIFUL FACES’ LIST

Asia is popular for our amazing food, beautiful travel locations and amazing cultures. However, our music and good looking people have been taking over the world by storm too!