Events By: Salma Syahbuddin November 21, 2022 @ 6:36pm

PRU15: Anwar Ibrahim Beri Bayangan Kerajaan Yang Dibentuk Nanti Tidak Akan Dikenali Sebagai PH ATAU DAP

Spekulasi siapakah gerangan bakal menjadi Perdana Menteri Ke-10 masih belum terjawab namun Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah memberi bayangan bahawa kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk tidak akan dikenali sebagai kerajaan PH atau Democratic Action Party (DAP).

“Ia bukan kerajaan DAP, bukan kerajaan PH. Ia adalah kerajaan gabungan,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian,  Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini kononnya beliau berjaya membentuk kerajaan dengan memperoleh sokongan majoriti daripada 112 ahli Parlimen.

Ini kerana, sokongan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong calon Perdana Menteri di luar ketetapan parti adalah tidak sah.

“Kita adalah gabungan yang mempunyai blok terbesar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini dan selesa dengan sokongan yang diperoleh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar juga menjawab kenyataan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak akan bekerjasama dengan PH sebelum ini.

“Kami menekankan kepentingan untuk membentuk kerajaan inklusif dan kami masih memerlukan sokongan semua pihak.

“Paling penting di sini ialah kita tidak akan ada berkompromi dalam isu tadbir urus. Kita perlu bergerak demi kebaikan negara dan melindungi kepentingan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar dan beberapa pemimpin parti dan ahli parlimen telah mengadakan perbincangan mengenai kerajaan gabungan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Selain itu, hari ini Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin  Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 sehingga pukul 2 petang pada 22 November 2022.

 

Sumber/kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 May 2020

‘Diracun’ setiap hari, macam mana anak nak pintar!

Jangan turutkan sangat kehendak si kecil

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Hiburan Sun, 8 May 2022
Featured Fri, 13 Jul 2018
Featured Sun, 30 Dec 2018

Anda Rasa Tak Produktif Di Tempat Kerja? Gunakan Teknik Pomodoro Yang Terbukti Efektif!

Senang saja teknik ini dan anda takkan rasa penat sangat.

Events Sun, 4 Aug 2019

吴宗宪自封「疯人院」院长!挖坑让孩子跳

相隔一年吴宗宪再来马演出,他不仅自嘲是精神病院院长,携带一批精神病院的好友同台,更重提儿子「炸市府」事件,挖坑给儿子跳!

Trending Tue, 17 Nov 2020

Saringan Percuma, Suntikan Tifoid Buat Semua Penghantar Makanan

Bagus untuk keselamatan rakyat dan mereka yang bekerja