Categories: HiburanTrending

Terkejut Diminati Orang Muda, Anuar Zain Pernah Terima DM Minta Wish Good Luck SPM… Siap Voice Note Lagi!

Penyanyi ternama, Anuar Zain, 53, tidak menyangka peminatnya bukan sahaja terdiri daripada golongan seusia, bahkan turut digemari oleh golongan remaja serta kanak-kanak.

Anuar berkata, dia berasa sangat dihargai kerana golongan muda tahu dan mengingati lagu-lagunya yang mencipta fenomena dan bersifat ‘evergreen’.

“To tell the truth, kita tak tahu peminat kita macam mana… Kadang-kadang di luar lain, di dalam lain sifatnya lain. Manusia kan bermacam ragam.

“Saya sebenarnya sangat terkejut kerana lagu-lagu saya juga diminati oleh golongan remaja.

“Rata-rata mereka berusia awal 20-an, iaitu berumur 16 tahun, 18 tahun pun ada. Kebanyakkannya budak-budak muda.

“I’m blessed even yang muda pun boleh menyanyi dan mengingati lagu-lagu saya,” luahnya kepada XTRA.

Pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain itu memberitahu dia sering melihat kehadiran golongan muda di setiap konsert yang dianjurkan.

Bagi Anuar, dia tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan dan dorongan daripada orang muda ini menjadikan dirinya kekal relevan dan sentiasa mendapat perhatian dalam industri seni.

Dedah pelantun lagu Keabadian Cinta itu, dia turut menerima banyak hantaran mesej daripada anak-anak muda di laman Instagram miliknya.

Anuar yang mengaku sangat peramah dan sering melayan peminatnya itu tidak mengabaikan mesej-mesej tersebut biarpun terlalu banyak pesanan yang diterima.

“Saya tetap akan balas jika ada masa dan tak rushing. Saya tetap akan layan peminat saya. Saya scroll, baca dan akan balas mana-mana mesej.

“Ada budak SPM mesej bagitahu nak exam.. Saya pun balas dengan voicenote,” ujarnya.

Anuar ditemui XTRA semasa sidang media Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal di Altus Prohouse, Petaling Jaya semalam.

Untuk perkembangan terkini, peminat dijemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersama Anuar menerusi acara Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal.

Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal dibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui Jio Tix.

Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53 bersama peminat.

Majlis istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang di JioSpace, Petaling Jaya.

Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal didedikasikan untuk meraikan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar.

Dapatkan tiket Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal di laman web https://www.jiotix.asia/events/anuar-zain-40-exclusive-up-close-and-personal

Syamir Shafie