[VIDEO] Jenazah Ashraf Sinclair Kini Dibawa Ke Rumah

Selepas dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari awal pagi tadi, kini dimaklumkan bahawa jenazah pelakon itu telah tiba di kediaman mereka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta pada jam 7.33 pagi tadi.

BCL dilihat tidak bermaya

Sumber : Google

Portal berita kompas.com melaporkan, sebaik BCL  turun dari van jenazah , raut wajahnya kelihatan pucat dan matanya sembab. 

Dan kelihatannya, penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Sejati dan lakonannya dalam filem Habibie Ainun masih berdiam diri dan terus memasuki rumah.

Rumah dijaga dengan ketat

Sementara itu, rumah mereka kini dijaga ketat oleh beberapa petugas yang berpakaian hitam.

Terdahulu, Ashraf meninggal dunia pada jam 4.51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung dan kini pihak keluarga memaklumkan allahyarham Ashraf Sinclair akan dikebumikan di Kompleks Pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat petang ini.

BCL sedih namun tetap tabah

 

Salma Syahbuddin