Aishah Sinclair Terima Khabar Duka Sebaik Sahaja Tiba Di Konti MIX FM

Khabar duka diterima hari ini apabila suami kepada aktres cantik Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung.

Adik kepada Allahyarham, Aishah Sinclair menerima perkhabaran duka tersebut ketika sedang bersiap sedia mengendalikan program Mix Breakfast pada jam 6 pagi tadi di stesen radio Mix FM. 

Menurut rakan setugas, DJ Prem dan Rod, Aishah menerima panggilan oleh ibunya, Khadijah Abdul Rahman sebaik sahaja tiba jam 6 pagi tadi di konti, kemudian terus bergegas pulang mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibunya.

 

 

Ashraf mengahwini isterinya, Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Takziah diucapkan buat Bunga Citra Lestari dan keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin. 

Sumber: Awani

Syafiqa Irdina