Categories: HiburanSelebriti

‘Terlajak’ Kata…Aliff Syukri Mohon Maaf!

Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata? Buruk padahnya.

Usahawan dan penyanyi Datuk Sri Aliff Syukri memohon maaf kepada pelakon senior Wan Maimunah atas keterlanjuran kata di sebuah video, baru-baru ini.

“Dengan rendah hati, saya benar-benar mohon maaf kepada Mama Wan Maimunah, saya minta ampun.

“Saya difahamkan dia menangis apabila mendapat tahu dengan kenyataan saya dalam video itu. Saya memang tidak sengaja, tercakap ketika diberi skrip oleh seorang blogger,” katanya ketika ditemui di sidang media single terbaharunya, ‘Cowok Baru’, petang ini.

Akui Aliff, dia menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama di masa akan datang.

Terdahulu, pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan Aliff Syukri dan Sajat yang mempermainkan namanya dalam sebuah video yang dikongsikan di Instagram.

Menerusi video itu, Aliff bertanyakan soalan kepada usahawan terkenal, Sajat, siapakah watak pilihan Aliff di antara tiga ini antaranya Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) dan Nyi Blorong.

Sajat secara berseloroh menjawab ‘Mengapa dia diberi watak keji yang langsung tidak sesuai dengan rupa parasnya yang seperti Ratu Cantik’.

Rata-rata netizen mengecam tindakan dua usahawan terkenal ini yang dilihat tidak menghormati pelakon lama.

SGMS Fas