Terlalu Kongsi Kisah Cinta Pada Masa Lalu, Sharifah Rose Belajar Dari Kesilapan – “Ada Orang Tak Suka Bila…”

Pelakon Sharifah Rose mengambil pengajaran daripada kesilapan lalunya dalam berkongsi hal peribadi di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok @hijabista, Rose memberitahu dia menerima banyak tekanan dan kecaman daripada pihak luar gara-gara berkongsi tentang hubungan cintanya di media sosial.

“Social media bila kita terlalu share sangat benda pasal privacy ni, people will use it against you. Bila kita share kebahagiaan kita, ada orang tak suka.

“So from my past experience, saya terlalu open sangat pasal my relationship dan terlalu banyak sangat pressure dan kecaman daripada luar.

“Saya rasa happiness tu tak dapat rasa between me and that person. Saya tak tahu if he is the one,” katanya.

Disebabkan itu, pelakon berusia 24 tahun ini memilih untuk mengenali seseorang itu terlebih dahulu dan hanya akan berkongsi kepada umum selepas berkahwin.

“I learned from my mistake untuk fokus getting to know that person. InsyaAllah kalau dia adalah jodoh untuk saya, saya akan beritahu satu dunia bila tiba masanya dah halal.

“Tapi sekarang biarlah saya kenal dia sebetul-betulnya dia. Bukan daripada apa yang orang beritahu dia macam mana,” jelasnya.

Terdahulu, Rose pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazrief Khalid.

Terkini, dikhabarkan Rose sedang rapat bersama pelakon Ezzrin Loy apabila sering dilihat keluar bersama namun mereka berdua menafikan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Perlu Pun, Itu Privasi!”- Dakwaan Jalin Hubungan Cinta, Ezzrin Loy Tak Selesa Video Dengan Sharifah Rose Ditularkan

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzrin Loy & Sharifah Rose Hanya Kawan Rapat – “Ia Membabitkan Soal Peribadi Orang Lain”

Maya Basir